Alhamdulillah, Tahun 2016 telah mencatatkan keputusan yang cemerlang bagi SK Panchor. sk Panchor telah berjaya mendapat kenaikan dari segi Band sekolah..iaitu daripada band 3 ke band 2. teruskan usaha buat warga SK Panchor. semoga terus berjaya.
Monday, 18 January 2016
Wednesday, 6 January 2016
Latar Belakang SK Panchor
Sekolah Kebangsaan
Panchor, 34900 Pantai Remis, Perak terletak di kawasan sempadan Manjung dan
Larut Matang Selama. Lokasinya terletak di jalan Pantai Remis, Taiping
kira-kira 13km dari pekan Pantai Remis.
SK Panchor
ini terletak di Kampong Panchor, Pantai Remis. Kawasan ini dahulunya adalah kawasan berpaya seluas
kira-kira 300 ekar. Paya tersebut dinamakan Paya Banting. Air paya tersebut
dikatakan tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau. Pada peringkat
awalnya ada terdapat kira-kira 50 orang penduduk mendiami kawasan tersebut.
Sumber
air dari paya tersebut digunakan untuk keperluan harian. Untuk kemudahan
penduduk mereka telah membuat saliran dengan menggunakan batang nibung yang
dibelah dan kemudian dibuang empulurnya. Setiap batang nibung disambung hingga
ke rumah masing-masing.
Air paya
yang disalirkan melalui batang-batang nibung tersebut dipanggil panchor ( ejaan
lama) oleh penduduk tempatan. Akhirnya, dikenali sebagai KAMPONG PANCHOR.
Apabila
berlaku penambahan penduduk dan kesulitan untuk menghantar anak-anak belajar di
Pangkalan Bharu atau di Taiping, maka penduduk setempat telah mewujudkan sebuah sekolah di kampong
panchor dengan kemurahan hati En. Abd. Rauf b. Awang (Allahyarham) yang membenarkan
sebahagian bangunan kedainya digunakan sebagai tempat anak-anak belajar.
Menurut
En. Abdul Hamid bin Ishak iaitu bekas murid perintis SKP ini dibuka pada tahun
1917 dan pada peringkat awalnya ada lebih kurang 30 orang murid sahaja. Dengan berdindingkan
bertam dan beratapkan daun nipah dan berlntaikan simen. Murid-murid duduk
diatas bangku panjang dan menulis di tas meja panjang dengan menggunakan papan
batu. Guru Besar ketika itu ialah Cikgu Sidek (Allahyarham) dan Guru Pelawat
bernama Cikgu Puteh (Allahyarham).
Pada
tahun 1942, sebuah bangunan telah didirikan untuk menampungbilangan murid yang
bertambah. Murid belajar dari darhah 1 hingga darjah 4. Bilangan guru seramai 4
orang dengan seorang Guru Besar dan Penolong Guru Besar.
Bangunan
yang baru dibina itu menggunakan bahan yang sama seperti bangunan lama iaitu
bertam sebagai dinding, nipah ebagai bumbung dan berlantaikan simen. Apabila
bilangan murid bertambah sebuah bangunan baru telah didirikan di kawasan
berhampiran.
Bangunan
ini kemudian dijadikan tempat menyimpan makanan oleh tentera Jepun. Bangunan
ini telah rosak selepas pendudukan Jepun dan digantikan dengan bangunan lain
beratapkan nipah dan berdindingkan papan dan berlantaikan pasir.
Pada
tahun 1954, kerajaan telah membina sebuah sekolah yang mempunyai 4 bilik
darjah, pejabat Guru Bear dan dua buah rumah guru. Dari masa ke semasa SK Panchor terus melaksanakan
PDP kepada anak-anak di sekolah ini.
Lepasan
SK Panchor ada yang berjaya dalam bidang
masing-masing dengan menjawat jawatan-jawatan tinggi dalam sektor swasta,
kerajaan dan bekerja sendiri dalam bidang-bidang tertentu.
Subscribe to:
Posts (Atom)